MATA AYER, 21 Mac 2026 — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail berkenan berangkat melawat serta menziarahi mangsa kebakaran di Jalan Sekolah Kebangsaan Oran, di sini, petang semalam.
Keberangkatan Baginda berdua diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.
Dalam kejadian tersebut, sebuah kediaman milik Ramli Jaya yang beralamat di No. 3, Jalan Sekolah Kebangsaan Oran, Mata Ayer dilaporkan terjejas akibat kebakaran.
Dalam kunjungan berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan daripada MAIPs bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Baginda juga menyampaikan salam takziah daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di samping menyerahkan sumbangan peribadi daripada baginda kepada Ramli.
Tuanku Raja Muda turut menzahirkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa mangsa serta berharap agar beliau terus tabah menghadapi ujian berkenaan, lebih-lebih lagi menjelang ketibaan 1 Syawal pada keesokan hari.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia