Raja Muda Perlis zahir takziah atas pemergian wakil Astro AWANI, Asri Shafii

Raja Muda Perlis zahir takziah atas pemergian wakil Astro AWANI, Asri Shafii

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asri Shafii, wakil Astro AWANI di negeri Perlis, yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham Asri, 49, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan mengenai proses evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai.

Pemergian beliau dipercayai akibat serangan jantung.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menziarahi jenazah Asri dan menyantuni keluarga Allahyarham di Masjid Tambun Tualang, di sini, pada Rabu.

Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan rakan sekerja, tetapi turut dirasai masyarakat yang mengenali dedikasi serta komitmen tinggi beliau dalam dunia kewartawanan.

Tuanku Syed Faizuddin turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta memohon agar keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam berdepan ujian tersebut.

“Semoga segala jasa dan bakti Allahyarham menjadi amal jariah yang berpanjangan,” titah baginda lagi.

Allahyarham Asri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan mengenai proses evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai, pada Selasa.

Asri pernah bertugas sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebelum menjadi Wakil Astro AWANI di Perlis sebagai wartawan sambilan.
Arwah meninggalkan seorang balu, Norhanani Ahmad dan enam orang anak dengan yang bongsu berusia 11 tahun.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.