Raja Perlis Berkenan Lawat Ladang Superfruits Valley Di Chuping

IMG 20221217 WA0002 300x200 1

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Ladang Superfruits Valley di Lembah Chuping, dekat Padang Besar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Urusan Syarikat Fig Direct, Robin Lim yang mengusahakan ladang tersebut.

Antara tanaman utama di sekitar ladang berkeluasan 50 hektar milik sepenuhnya anak tempatan ini adalah buah tin, gac, lemon dan markisa.

Selain itu ladang ini juga merupakan satu lagi destinasi agro-pelancongan yang menarik di Perlis untuk dikunjungi.

Sempena keberangkatan Tuanku Raja, Robin mempersembahkan taklimat mengenai segala produk keluaran ladang ini.

Beliau juga menjelaskan inisiatif terkini yang sedang dijayakan oleh pihak syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi jangka pendek dan juga panjang.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.