KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang menyambut ulang tahun keputeraan ke-80 hari ini adalah seorang pemerintah yang jujur terhadap agama Islam dan mempunyai pandangannya tersendiri.
Malah, baginda turut bertindak sebagai pelindung kepada pegangan agama Islam di negeri ini.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Tuanku Syed Sirajuddin sentiasa mengambil panduan dalam melaksanakan beberapa perkara berkaitan agama Islam dengan berdasarkan kepada amalan dilakukan pada zaman Nabi dan para sahabat.
“Mungkin ramai orang beranggapan baginda hanya mengikut apa dikatakan mufti, majlis agama Islam dan sebagainya. Namun pada saya Tuanku Syed Sirajuddin mempunyai pandangan agamanya sendiri.
“Sesiapa yang mengenali atau pernah bersembang dengan baginda pasti mengetahui bahawa baginda adalah merupakan pelindung kepada pegangan negeri ini,” katanya.

Tarikh kemaskini: 4/9/2025