Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Istana Negara. Kali terakhir mesyuarat diadakan pada 9 dan 10 Mac lepas yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Terdahulu, sebelum mempengerusikan mesyuarat itu yang bemula 11 pagi, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.
Tuanku Syed Sirajuddin kemudian berkenan menanam pokok Keriang di perkarangan Istana Negara sebagai simbolik Raja Perlis mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada kali ini. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menyaksikan majlis penanaman Pokok tersebut.
Tarikh kemaskini: 4/17/2025