Raja Perlis zahir penghargaan kepada semua pihak jayakan sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda

ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program-program sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan dan Sambutan Hari Keputeraan ke-82 Baginda pada tahun 2025.

Titah penuh bersejarah ini disampaikan ketika Baginda berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Santapan Negeri sempena Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang ke-82 bagi tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Bankuasi, Istana Arau.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, bersama anakanda-anakanda iaitu Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Tuanku Raja turut menzahirkan penghargaan khusus kepada usrah kerabat, para penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, serta tetamu-tetamu khas yang sudi meluangkan masa bagi menghadiri majlis penuh bermakna ini.

“Kehadiran para tetamu dari dalam dan luar negara bagi program-program utama Sambutan Jubli Perak dan Hari Keputeraan pada tahun ini secara langsung telah menyemarakkan dan menyokong usaha Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMPs), yang bakal disambung selama setahun lagi sehingga penghujung tahun 2026 yang akan datang”, titah Tuanku Syed Sirajuddin lagi.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content