Peranan MAIPs mengurus zakat, wakaf, kebajikan semakin penting dengan ekonomi semasa – Raja Muda

Peranan MAIPs mengurus zakat, wakaf, kebajikan semakin penting dengan ekonomi semasa – Raja Muda

Oleh: Sholina Osman
6 APRIL 2026

Dalam suasana ekonomi yang menduga, peranan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menguruskan zakat, wakaf dan kebajikan masyarakat menjadi semakin penting.

Tekanan kos sara hidup, kesihatan mental, dan ketidaktentuan ekonomi misalnya, memerlukan pendekatan yang lebih strategik dan berimpak dalam memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam membantu mereka membina semula kehidupan yang lebih mampan serta bermaruah.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Agihan Zakat anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Al-Shahrani, Behor Lateh, Kangar, baru-baru ini.

Berangkat sama, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

KOMITMEN BERTERUSAN MAIPs

Program ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPs yang diterajui oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Yang Dipertua dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terus terbela, tanpa ada yang terpinggir daripada menerima bantuan dan perhatian sewajarnya.

Dalam program tersebut, Baginda turut berkenan menyampaikan agihan zakat MAIPs berjumlah RM105,000 yang memanfaatkan seramai 150 penerima, melibatkan 75 orang asnaf dari kalangan anak kariah Kg. Sentua dan 75 orang lagi dari snak kariah Kg. Binjal. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.