KANGAR, 25 Jun 2019 (Selasa) – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah ‘Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-45’ yang diadakan di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra semalam.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Hassan Nudin A. Hamid dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.
Senarai para pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
Kategori Sekolah Rendah
Bercerita Kisah dari Al-Quran
Lelaki : Muhammad Mukhlis bin Mustakim (Selangor)
Perempuan : Nur Nisrina Humaira binti Nasir (Selangor)
Hafazan
Lelaki : Muhammad Aminuddin bin Mohd Basir (Pulau Pinang)
Perempuan : Taqwa Fahima binti Rezqa (Perlis)
Tilawah Al-Quran
Lelaki : Ahmad Abrar bin Hj Azraie (Melaka)
Perempuan : Mirza Irdina binti Hafizudin (Pahang)
Kategori Sekolah Menengah
Syarahan Agama
Lelaki : Saiful Hadi bin Baharin (Terengganu)
Perempuan : Hamizah binti Hamzah (Johor)
Hafazah Al-Quran
Lelaki : Ahmad Syarhan bin Ahmad Syakir (Pulau Pinang)
Perempuan : Nik Maghfirah binti Nik Ab. Rahman Zaki (Kelantan)
Tilawah Al-Quran
Lelaki : Muhammad Aidil bin Senin (WPKL)
Perempuan : Fatiha Aina Umaira binti Sulaiman (Selangor)
(Johan bagi setiap kategori menerima Piala Pusingan + Sijil + Piala Iringan + Hadiah Iringan)
Kedudukan Keseluruhan Terbaik
Kategori Lelaki – Selangor
Kategori Perempuan – Selangor
Kategori Sek Rendah – Selangor
Kategori Sek Menengah – Kelantan
Terbaik keseluruhan – Selangor
*(Ketua Kontinjen Negeri menerima Piala Pusingan + Sijil)
Turut diadakan buat julung-julung kalinya ialah ‘Jemputan Antarabangsa Perlis 2019’ melibatkan penyertaan para peserta dari Thailand, Indonesia dan Brunei yang mana Nurjannah Yusoff Piliang dari Indonesia berjaya membawa pulang hadiah Platinum berupa sijil, hadiah iringan, piala dan RM1,000.
Tarikh kemaskini: 4/29/2025