Raja, Raja Perempuan berkenan berangkat ke majlis Aidilfitri PDRM Kontinjen Perlis

Oleh: Sholina Osman
15 APRIL 2025

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, telah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis Tahun 2025 di Dewan Serbaguna IPK Perlis, Kangar.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim, dan Timbalannya Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama-sama anakanda Baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM

Majlis Aidilfitri ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara PDRM Perlis dengan rakyat di samping meraikan kegembiraan bersama menyambut Aidilfitri.

Tambah istimewa pada majlis kali ini adalah ia diadakan dalam tempoh persiapan menyambut Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 17 April 2025 ini.

Majlis bermula dengan Raja dan Raja Perempuan serta diiringi Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda berkenan melawat ke gerai-gerai bermah mesra dengan para pegawai, anggota serta warga PERKEP yang menyediakan pelbagai hidangan juadah makanan, disusuli dengan majlis santapan dan diakhiri dengan menyaksikan persembahan motosikal JSPT serta pertunjukan bunga api.

Dalam majlis itu juga, Raja Perempuan Perlis telah berkenan mengurniakan duit raya kepada 100 kanak-kanak yang hadir serta menyaksikan persembahan kebudayaan di pekarangan IPK Perlis. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content