KANGAR, 1 Ogos – Sebanyak 5 buah rumah rosak akibat bumbung diterbangkan angin serta struktur rumah yang rosak susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis kira-kira pukul 4 pagi tadi.
Sehingga pukul 11.30 pagi ini, kawasan terlibat ialah Kampung Paya,Beseri dan Kampung Behor Gandil di Kangar.
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya telah turun ke lokasi sebaik kejadian berlaku dan kini sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah terjejas.
Mereka yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan beserta gambar kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagi kerosakan kecil, bantuan membaiki kediaman akan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala bagi kerosakan besar dibawah tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), manakala bagi premis perniagaan akan diuruskan Majlis Perbandaran Kangar.
Tarikh kemaskini: 4/10/2025