KUALA LUMPUR, 2 Mei 2019 (Khamis) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan program “Ruang Cikgu” yang diadakan di Petaling Jaya, dekat sini.
Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengasas Ruang Cikgu, Datin Norzihan Ahmad serta para ahli lembaga pengarah syarikat.
Turut hadir ialah Pengerusi, Tengku Datuk Zalila Tengku Kamaruzaman dan Penasihat, Datuk Latt Shariman Abdullah.
Selepas majlis pelancaran, baginda berdua dipersembahkan taklimat dan diberi penjelasan tentang ‘Ruang Cikgu’ di samping melawat ke ‘Unit Studio: Cara Pembikinan Video’ dan ‘Unit Suntingan dan Platform Ruang Cikgu’ sebelum disembah perkenalkan kepada para ’Cikgu’ yang terlibat.
Maklumat lanjut mengenai produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ‘Ruang Cikgu’ yang merupakan platform e-ilmu ‘bisnes skils’ bersijil dalam bahasa Melayu boleh dilayari melalui www.ruangcikgu.com.
Tarikh kemaskini: 3/7/2025