Sambutan Warna-Warni Raya WI Negeri Perlis meriah

KANGAR: Sambutan Warna-Warni Raya anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Perlis berlangsung meriah di Wisma Perkumpulan Perempuan (WI Perlis), Jalan Raja Syed Alwi, Kangar baru-baru ini.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Datuk Hajah Tengku Shireen binti Tengku Suleiman.

Majlis ini telah dianjurkan oleh WI Negeri Perlis yang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di kalangan ahli, meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, serta menghidupkan suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh warna-warni dan kegembiraan.

Sambutan Hari Raya WI Perlis tersebut diserikan lagi dengan pertandingan nyanyian dan sesi cabutan bertuah yang penuh kemeriahan. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah.

Sebagai rekod, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Perlis merupakan sebuah organisasi wanita yang aktif di negeri ini, sejak sekian lamanya memainkan peranan penting dalam memperkasakan wanita melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan, sosial, dan juga ekonomi.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content