BESERI, 24 Julai- Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan semua pelajar untuk sentiasa menguatkan tekad dalam menuntut ilmu selain membuktikan potensi diri melalui pelbagai kemahiran dengan bimbingan guru-guru di sekolah.
“Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan golongan pelajar untuk membina keperibadian supaya berani ke hadapan.
“Gabungan ilmu yang diajar di dalam kelas dan aktiviti mengasah bakat pelajar di luar kelas dapat menghasilkan pelajar khususnya di negeri Perlis mampu bersaing di era yang semakin mencabar ini,” titah baginda ketika menyempurnakan penyerahan agihan bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Para penerima tersebut merupakan dalam kalangan asnaf terpilih dari kariah Beseri dan Batu Hampar.
Seramai 140 orang asnaf terpilih menerima wang tunai bernilai RM700 daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra di Masjid Jamek Beseri.
Tarikh kemaskini: 4/9/2025