Syarikat Korporat Perlu Bantu Masyarakat, Tingkat Ekonomi Negeri Serta Rakyat

KUALA PERLIS: Syarikat korporat digesa memainkan peranan dalam menyantuni serta membantu golongan kurang berkemampuan terutama dalam menyumbang kepada usaha peningkatan ekonomi negeri dan rakyat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, peranan sedemikian perlu digerakkan secara berterusan oleh syarikat korporat bukan sekadar membabitkan pemberian bantuan langsung, malah turut meliputi penyediaan peluang pekerjaan dan kemahiran.

Baginda yang ditemani Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, bertitah demikian ketika ditemui pada Program Kayuhan dan Penyerahan Pek Kembali Sekolah kepada pelajar di sekitar negeri ini.

Hadir sama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar dan Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Nazim Mohd Noor.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah usaha berterusan McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) menyantuni masyarakat khususnya yang kurang berkemampuan perlu dicontohi syarikat lain.

“Menyantuni dan membantu golongan kurang berkemampuan seperti anak yatim dan golongan asnaf adalah satu kewajipan, khususnya bagi mereka yang berkemampuan, lebih-lebih lagi melibatkan syarikat korporat besar,” titah baginda.

Raja Muda Perlis berkenan menegur sapa penduduk Kampung Tengah ketika berjalan kaki mengelilingi kampung pada Program Kayuhan dan Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah anjuran McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) di Kuala Perlis hari ini. – BERNAMA

Sementara itu Azmir berkata, McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia membelanjakan RM250,000 bagi pemberian Pek Kembali Sekolah mengandungi set alat tulis, buku latihan dan botol air kepada 250 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia turut menghulurkan sumbangan set kelengkapan bilik tidur seperti tilam, bantal dan cadar baharu bernilai RM15,000 kepada Teratak Rahmat Persatuan Al Islah Perlis bagi kegunaan anak yatim di pusat berkenaan.

Azmir yang juga Presiden RMHC Malaysia berkata, inisiatif kemasyarakatan itu adalah teras McDonald’s Malaysia bagi mewujudkan impak positif kepada rakyat, lebih-lebih lagi komuniti di sekitar operasi cawangannya.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content