Tingkat Tahap Kebersihan Di Kawasan Projek Transformasi Diraja Seberang Ramai

KANGAR: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menitahkan agar seluruh masyarakat bersama-sama meningkatkan tahap kebersihan di sekitar kawasan Projek Transformasi Diraja, Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Di samping itu, baginda turut memuji masyarakat setempat di kawasan berkenaan yang bersatu hati bersama pihak berkaitan bagi membantu dalam menjayakan projek tersebut.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen bertitah demikian sewaktu berkenan mengadakan lawatan ke kampung tersebut bersama rombongan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (W.I) Daerah Segamat, Johor bersama 23 orang ahli mereka, semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi W.I Daerah Segamat, Datin Latifah Aluwi berkata, lawatan yang diadakan itu dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara ahli-ahli pertubuhan berkenaan menerusi beberapa penganjuran aktiviti menarik.

“Selain itu, keramahan masyarakat setempat di Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai juga amat mengujakan,” katanya.

Penganjuran program itu turut diakhiri dengan persembahan kebudayaan tradisional negeri Perlis seperti tarian canggung dan zapin dari Johor.

Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Selain itu, projek tersebut juga merupakan inisiatif daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi, pihak swasta, individu serta masyarakat setempat.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content