Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Santuni Jemaah di Sandakan

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Santuni Jemaah di Sandakan

Masyarakat setempat di Taman Indah Jaya, Sandakan teruja apabila berpeluang bertegur sapa dan beramah mesra dengan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berangkat ke Sabah bagi mengetuai lawatan tahunan delegasi EKS Perbah 2026.

Baginda berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurussyakirin, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri Perlis dan masyarakat Islam di Sabah.

Dalam majlis sama, Tuanku Raja Muda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyempurnakan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Masjid Nurussyakirin bagi menyokong aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan setempat.

Keberangkatan Baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail; Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada majlis tersebut, Baginda turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berjumlah RM2,000 daripada Yayasan RISDA kepada wakil Masjid Nurussyakirin.

Untuk rekod, Masjid Nurussyakirin berperanan sebagai pusat ibadah, pengajian serta pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di kawasan Taman Indah Jaya. Selain menjadi tumpuan solat berjemaah, masjid ini aktif menganjurkan kelas pengajian agama di luar waktu solat demi memperkasa pembangunan rohani dan sosial komuniti setempat.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan Perlis dalam memperkukuh hubungan antara negeri serta menyemarakkan nilai kebersamaan dan kebajikan merentas wilayah.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.