Umat Perlis Perlu Bijak Sesuaikan Diri Dengan Perubahan – Raja Muda

Umat Perlis Perlu Bijak Sesuaikan Diri Dengan Perubahan – Raja Muda

Seiring dengan perkembangan dunia yang pesat, seluruh umat negeri Perlis perlu bijak menyesuaikan diri dengan perubahan.

Gunakan teknologi sebagai medium untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran.
Jadilah generasi yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif agar mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi serta menyumbang kepada kemajuan negeri dan juga negara.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli Khas anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kampung Tok Kuning dan Kampung Kota Kayang Kuala Perlis baru-baru ini.

EDISI KALI INI

Program kayuhan pada edisi kali ini cukup istimewa apabila turut disertai oleh para penerima Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perlis sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Antara lokasi yang disinggahibialah Muzium Marhum Kota Kayang, Rumah Hijau, Makam Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, dan Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis.

Melalui program tersebut, para peserta berpeluang menyaksikan sendiri pelaksanaan inisiatif kebajikan MAIPs yang menyalurkan bantuan secara terus kepada asnaf terpilih dan golongan yang memerlukan.

UNTUK MENDEKATI MASYARAKAT

Selain itu, program berkenaan turut memberi peluang kepada para peserta untuk mendekati masyarakat, menyelami kehidupan mereka serta memahami cabaran harian yang dihadapi sebelum mencari pendekatan dan penyelesaian terbaik bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup golongan tersebut.

Sempena kayuhan berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Yang Dipertua MAIPs turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat MAIPs kepada beberapa asnaf terpilih berupa wang tunai RM700, kit MAIPs Peduli serta beras fidyah, selain sumbangan ikhlas peribadi daripada sebahagoan dari para tetamu yang turut serta.

Antara penerima bantuan pada kali ini ialah Siti Hawa Bakar, 74, dari Kampung Bangsal Lebah; Muhammad Afif Mansor, 35, dari Kampung Kota Kayang, serta Timan Kasih, 79, dari kampung yang sama.

Program Kayuhan MAIPs Peduli terus menjadi platform signifikan dalam memperkukuh agenda kebajikan dan keprihatinan sosial MAIPs di samping mendekatkan institusi berkenaan dengan masyarakat, khususnya golongan asnaf dan mereka yang memerlukan perhatian serta bantuan berterusan. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.