UniMAP, Infineon jalin kerjasama strategik perkasa bakat industri semikonduktor

UniMAP, Infineon jalin kerjasama strategik perkasa bakat industri semikonduktor

PAUH PUTRA, 20 Nov – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd bagi memperkukuh pembangunan bakat tempatan dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri semikonduktor negara.

Kerjasama strategik itu memberi tumpuan kepada pelaksanaan program latihan, pembangunan kemahiran serta pembelajaran sepanjang hayat bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor yang semakin berkembang.

Majlis pemeteraian MoU itu disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Canselor UniMAP, di Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, merangkap Pro-Canselor UniMAP dan Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Pro-Canselor UniMAP. CariKolej

UniMAP diwakili Naib Canselor, Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli, manakala Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd diwakili Pengarah Kanan Teknologi, Tan Soon Keong.

Kerjasama dengan Infineon, antara syarikat peneraju industri semikonduktor dunia, turut membuka peluang kepada UniMAP untuk memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan pemain industri global.

Langkah itu penting bagi memastikan pembangunan bakat dan kepakaran tempatan terus seiring dengan kemajuan teknologi serta keperluan industri, khususnya dalam sektor semikonduktor berteknologi tinggi.

Pemeteraian MoU berkenaan turut mencerminkan komitmen UniMAP dalam merapatkan jurang antara pendidikan akademik dengan keperluan industri, sekali gus menyokong pembangunan ekosistem semikonduktor negara.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UniMAP, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content