UniMAP rekod kadar kebolehpasaran graduan 99.4% – Raja Muda Perlis

UniMAP rekod kadar kebolehpasaran graduan 99.4% – Raja Muda Perlis4

16 Mei 2026

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pencapaian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merekodkan kadar kebolehpasaran graduan 99.4 peratus membuktikan kualiti pendidikan institusi itu dalam melahirkan graduan berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri.

Baginda bertitah, Kajian Pengesanan Graduan 2025 turut mencatatkan kadar bekerja graduan sebanyak 99.3 peratus sekali gus memperlihatkan kesiapsiagaan lepasan UniMAP menghadapi dunia kerjaya semasa.

“Dalam era teknologi dan kecerdasan buatan yang berkembang pesat, inovasi hendaklah sentiasa dipandu oleh nilai integriti, etika dan tanggungjawab sosial,” titah Baginda.

BUKAN HANYA DIUKUR

“Kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui kemenangan atau pengiktirafan tetapi pada kemampuan hasil ciptaan tersebut untuk menyelesaikan masalah sebenar dan memberi manfaat kepada manusia serta alam sekitar,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Penutup Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition (Pi-ENVEX) 2026 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, hari ini.

Berangkat sama ialah Pro-Pro Canselor UniMAP iaitu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan puteri sulung Baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

MENASIHATKAN PARA PENYELIDIK

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menasihatkan para penyelidik dan pelajar supaya memastikan setiap inovasi dan penyelidikan sentiasa berpaksikan integriti serta etika bagi menjamin hasil yang berkualiti dan diyakini.

Titah Tuanku Raja Muda, semangat kerjasama dan kolaborasi juga perlu terus diperkasakan kerana inovasi cemerlang lahir daripada perkongsian idea dan perbincangan terbuka. – SUMBER : KOSMO! ONLINE.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.