Warga MAIPs diseru semai budaya kerja yang luhur – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
10 JUN 2025

Seluruh warga Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diseru agar sentiasa menyemai budaya kerja yang luhur, berasaskan nilai murni dan semangat tanggungjawab yang tinggi.

Hanya dengan itu, sebuah organisasi yang cemerlang mampu dibina, dihormati dan berwibawa, seterusnya menjulang tinggi martabat MAIPs di mata semua.

Demikian menurut kenyataan MAIPs dalam titah oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Persidangan Mesyuarat MAIPs Bilangan Ketiga Bagi Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat, Perlis Center Of Wisdom (PCW), Kangar.

WUJUDNYA BUDAYA KERJA

Menurut kenyataan tersebut juga, Tuanku Raja Muda yakin dan percaya, dengan wujudnya budaya kerja cemerlang yang menyeluruh dan berterusan, organisasi ini akan terus bergerak ke hadapan dengan lebih mantap, efisien dan berdaya tahan dalam menghadapi apa jua cabaran.

“Senua warga MAIPs diajak supaya bersama-sama menyemai nilai kerja murni, memperkukuhkan lagi kerjasama dan menjunjung amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Baginda turut berharap MAIPs akan terus maju ke hadapan, bersemangat serta memperkasakan lagi jaringan kerjasama strategiknya dengan agensi-agensi di dalam dan luar negara bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya seterusnya menjayakan segala bentuk perancangan demi kebaikan Ummah di negeri dan di rantau ini. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content