YTSP Perlis, Rakan Strategiknya Sumbang Pelbagai Peralatan Kepada HODK

YAYASAN Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama rakan strategiknya bertindak menghulurkan pelbagai jenis peralatan kepada Hospital Duchess Of Kent (HODK) Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan penyerahan tersebut ketika berangkat merasmikan pembukaan wad pediatrik hospital berkenaan.

Wad pediatrik itu telah dijenamakan semula sebagai Wad Kanak-Kanak Tuanku Syed Putra.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah HODK, Dr. Mohd Fahmie Datuk Dr Othman.

Antara yang disumbangkan ialah dua unit Vital Signs Monitors daripada Mutiara Perlis Sdn. Bhd yang disampaikan oleh Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad; dan Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid mewakili E A Technique Berhad menyumbangkan tiga unit Portable Ophthalmoscopes dan KPJ Berhad pula sebuah Medication Fridge (315L).

Turut disampaikan ialah sumbangan wang tunai MAIPs kepada pesakit di wad kanak-kanak dan juga wad bersalin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi YTSP Perlis berkenan beramah mesra dengan pesakit.

Semasa bertitah, Baginda yakin dengan pembukaan wad pediatrik ini akan membolehkan para petugas kesihatan di sini memberikan khidmat bakti cemerlang untuk merawat kanak-kanak di daerah Sandakan dan sekitarnya.

“Penduduk setempat akan mendapat khidmat perawatan dan kesihatan yang bertaraf tinggi seperti hospital pakar yang lain,” titah Baginda.

Jelas Baginda, apa yang lebih penting adalah memastikan perkhidmatan kepakaran perubatan terutama dalam bidang kanak-kanak lebih dekat kepada komuniti bagi meningkatkan tahap kesihatan warga tempatan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content