Pusat Berita

Pusat Berita

Tapisan Berita

Paling Terkini

2
ARAU 1 Jan. – Golongan remaja yang sihat tubuh badan dan memenuhi semua keperluan minimum yang ditetapkan dialu-alukan untuk mendaftarkan diri sebagai anggota sukarela dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) Tentera Darat Malaysia (TDM). Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima mengadap mengenai Eks PERBAH oleh Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji di Bilik Mesyuarat, Galeri DiRaja Arau baru-baru ini. Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail.

Kongsi:

1
KUALA LUMPUR 1 Jan. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah, Hajah Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail menitahkan ucapan selamat menyambut tahun baru Masehi 2025 kepada seluruh rakyat negeri Perlis tersayang. Baginda berdua yakin, seluruh warga Perlis akan terus menerus melipatgandakan usaha dalam memberikan fokus terhebat terhadap segala perancangan untuk 2025 dan mengingatkan agar iktibar dan pedoman daripada segala gerak kerja dan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab di sepanjang tahun 2024 sebelum ini diambil sebagai pengajaran untuk memastikan perancangan yang disusun mempunyai keberkesanan, nilai tambah dan memiliki penambahbaikan yang lebih jitu dan pantas.

Kongsi:

1 1
ARAU – Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Perlis telah menganjurkan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti Program Jom Qurban 2024, Ziarah Bermotor Asyraaf 2024, Sumbangan Ramadhan dan Kerusi Roda, Program Kubur Bersih Makam DiRaja Arau dan juga beberapa aktiviti lain di sekitar Perlis pada tahun 2024.

Kongsi:

2 1
LONDON – Semua Pekhidmat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Penjawat Awam agensi berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Islam di negeri Perlis perlu terus memperkukuh benteng organisasi sebagai tempat mencari rezeki sambil memastikan integriti dan mutu perkhidmatan kepada ummah terus dipertingkatkan.

Kongsi:

4 1
27 DIS. 2024. Sebagai sebahagian daripada inisiatif Akademi Transformasi Asnaf (ATAM) di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Taman Desa Asnaf (TDA) di Batu Bertangkup, Chuping, telah menjadi pusat pelaksanaan pelbagai program latihan dan kemahiran untuk memperkasakan komuniti asnaf.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.