Pusat Berita
Pusat Berita
Tapisan Berita
Paling Terkini
KANGAR 11 Okt. – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan ‘Simpanan Bayi Baru Lahir Tabung Putra Petri Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis’ dan ‘Bantuan Kepada Pesakit-Pesakit Hospital Tuanku Fauziah (HTF) 2024’ yang diadakan di Hotel Putra Regency Kangar.
- 2024/10/11 2:39 PM
- Suara Merdeka
KANGAR 11 Okt. – Great British Circus menyalurkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada mangsa-mangsa banjir Negeri Perlis melalui Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.
- 2024/10/11 2:35 PM
- Suara Merdeka
ARAU 10 Okt – Seramai 359 orang pelajar daripada 5 buah sekolah menengah di negeri Perlis terpilih menghadiri ‘Program Intervensi Berfokus Jurang Pencapaian Murid Mengikut Kecerdasan Pelbagai 2024’ di Pulau Pinang selama 3 hari dua malam.
- 2024/10/11 2:33 PM
- Suara Merdeka
KUALA PERLIS 10 Okt. – Sebanyak 35 tan metrik sisa plastik dilupuskan setiap hari ke Ringkasan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal (TPS) Rimba Mas, Padang Besar, Perlis berdasarkan Kajian Komposisi Sisa di Perlis yang telah dijalankan oleh syarikat Umpan Jaya Sdn. Bhd.
- 2024/10/11 2:28 PM
- Suara Merdeka
KANGAR 9 Okt. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Kerajaan Negeri Perlis telah berjaya mengekalkan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal. Pada tahun ini sebanyak 270 hektar lagi kawasan Hutan Simpanan baharu berjaya di warta yang menjadikan keluasan keseluruhan Hutan Simpanan Kekal di negeri Perlis seluas 11,140 hektar.
- 2024/10/10 8:54 AM
- Suara Merdeka
ARAU 8 Okt. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan semua mangsa bencana banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agar memastikan terlebih dahulu keselamatan diri dan keluarga apabila pulang ke rumah kelak.
- 2024/10/10 8:51 AM
- Suara Merdeka