Pusat Berita

Pusat Berita

Tapisan Berita

Paling Terkini

f49d4c5d7c98d7c3c17b2501b05e14f7 M
Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menerima sumbangan CSR Zakat daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) sebanyak RM128,750 melalui Program Iqra’ Tabung Haji IPTS 2024. Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan melalui upacara simbolik penerimaan oleh Rektor UniSIRAJ, Prof. Dr. Muhammad Rozaimi Ramle daripada Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Utara, Datuk Mohammad Mokhzani Mukhtar sambil disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniSIRAJ di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini. Turut hadir sama adalah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Negeri Perlis LTH, Hj Burhan Abd Rahman. Untuk rekod UniSIRAJ yang bernaung di bawah MAIPs sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan baru sahaja mendapat kelulusan naiktaraf daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 15 November 2024 lalu.

Kongsi:

1 23
Kompleks bangunan lama Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) di Kg Guar Jentik yang kini sedang dibaik pulih secara rasmi dijenamakan sebagai Institut Latihan Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra. Penjenamaan ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang turut menyerahkan pengurusan kompleks tersebut kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Kongsi:

1 25
Memiliki matlamat kerja yang jelas dan mudah dicapai adalah cara terbaik untuk mencipta ‘mood’ kerja yang kondusif. Ini kerana seseorang pekerja itu akan berasa lebih bersemangat untuk bekerja bagi ‘mengejar’ matlamat yang ditetapkan tersebut. Matlamat tersebut tidak perlu besar, cukuplah hanya sekadar ingin menyiapkan tugasan bagi mendapatkan lebih banyak masa rehat.

Kongsi:

1 26
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pantas mengorak langkah apabila mendahului Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan pelaksanaan Full Fledge Persekitaran Perkomputeran Awan bersama dengan Telekom Malaysia (TM).

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.