Pusat Berita

Pusat Berita

Tapisan Berita

Paling Terkini

1 378
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat meraikan Dr. Khalid Zeed Abdullah Basalamah, penceramah terkenal antarabangsa dari Indonesia yang hadir ke Perlis bagi menjayakan program “Perkampungan Sunnah Siri Ke-9” bagi tahun 2024 dalam satu malis santapan tengahari di Galeri DiRaja Arau.

Kongsi:

1 379
Negara ini tidak memerlukan sebarang persengketaan yang boleh merugikan semua pihak. Malah tidak mustahil bagi mana-mana musuh negara baik dari dalam mahupun luar untuk menguasai kita dengan mudah. Apa yang diperlukan ialah keamanan, keharmonian dan kestabilan. Inilah asas kekuatan negara yang perlu dipelihara sepanjang masa. Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Kem Bukit Keteri, Padang Besar.

Kongsi:

1 380
Aktiviti-aktiviti “WoGos” (Whole of Government, Whole of Society) di negeri Perlis adalah penting dan wajar dilaksanakan bagi memantapkan aspek pemeliharaan keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam salah satu teras Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 berkenaan pendekatan “Keselamatan Menyeluruh” atau ‘Comprehensive Security – ComSec’, di samping meningkatkan lagi hubungan kerjasama semua agensi di negeri Perlis tidak kira Kerajaan atau bukan-Kerajaan.

Kongsi:

1 381
Dalam fenomena cuaca panas yang melanda negara, masyarakat dinasihatkan untuk cekap dalam menggunakan perkakasan elektrik bagi mengelakkan pembaziran tenaga serta bebanan membayar bill elektrik yang tinggi. Contohnya, ketika menggunakan penghawa dingin pastikan tingkap serta pintu ditutup rapat bagi mengelakkan motor penghawa dingin berterusan bekerja untuk mendapatkan suhu yang diperlukan. Pengguna juga boleh merujuk panduan menggunakan elektrik secara cekap di laman sesawang TNB di www(dot)TNB(dot)Com(dot)my

Kongsi:

1 382
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ‘Golongan pelajar hendaklah mampu untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dan memberi fokus kepada penciptaan yang dapat merangsang minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi, serta dapat mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah’.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.