Pusat Berita

Pusat Berita

Tapisan Berita

Paling Terkini

c79100bd9a1c81231de8bfb99f98f395 M
KANGAR: Wanita seawal usia 20 tahun disaran memantau kesihatan diri secara berterusan dan mempelajari teknik pemeriksaan payudara supaya boleh melakukannya sendiri di rumah. Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, Dr. Nurhafizah Shamsudin berkata, langkah itu bagi membolehkan mereka mengesan keadaan luar biasa pada payudara masing-masing kerana kanser boleh dikesan dengan melakukan saringan awal. Katanya, pengesanan awal kanser payudara penting supaya rawatan dapat dilakukan lebih awal sebelum barah tersebut menjadi lebih teruk. “Selain itu, peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah lebih baik apabila kanser payudara dikesan pada tahap awal. “Kanser payudara tidak hanya memberi kesan kepada pesakit tetapi kepada pasangan, anak-anak dan ahli keluarga lain yang turut merasai tempias penderitaan mereka,” katanya pada majlis promosi Bulan Kesedaran Barah Payudara Peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi Zon Arau di Klinik Kesihatan Kuala Sanglang di sini hari ini Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Keberangkatan tiba baginda ke program sempena kempen Rakyat Perlis Hidup Sihat dan Bersih itu disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim. Sementara itu, Sirajuddin memberitahu, Oktober adalah bulan kesedaran barah payudara yang disambut setiap tahun bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai selain mendidik serta menyokong mereka yang menghidap penyakit tersebut. Untuk rekod, dari laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, secara keseluruhan tiga jenis kanser paling kerap berlaku di negara ini iaitu payudara (19 peratus), kolorektal (13.5 peratus) dan kanser paru-paru (9.8 peratus). – UTUSAN ONLINE

Kongsi:

7a228714f4820898f86713f5349e7364 M
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan simbolik promosi ‘Bulan Kesedaran Barah Payudara Peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bagi Zon Arau’ yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri di perkarangan Klinik Kesihatan Kuala Sanglang pada petang semalam. Keberangkatan tiba baginda ke program sempena kempen ‘Rakyat Perlis Hidup Sihat dan Bersih’ itu disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim dan Pegawai Perubatan Yang Menjaga Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, Dr Nurhafizah Shamsudin. Sirajuddin memaklumkan bahawa pada bulan Oktober setiap tahun adalah merupakan bulan kesedaran barah payudara yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai selain mendidik dan menyokong mereka yang menghidap penyakit ini. Nurhafizah pula menerangkan bahawa kanser payudara boleh dikesan dengan melakukan saringan awal. Wanita seawal usia 20 tahun disaran memantau kesihatan diri dari semasa kesemasa dan mempelajari teknik pemeriksaan sendiri payudara supaya boleh melakukannya sendiri di rumah bagi mengesan keadaan luar biasa pada payudara masing-masing. Menurut beliau, pengesanan awal kanser payudara adalah penting supaya rawatan dapat dilakukan awal sebelum barah menjadi lebih teruk. Selain itu, peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah lebih baik apabila kanser payudara dikesan pada tahap awal. Kesan kanser payudara tidak hanya memberi kesan kepada pesakit, tetapi juga kepada pasangan, anak-anak dan ahli keluarga lain turut merasai tempias penderitaan mereka. Nurhafizah turut memaklumkan bahawa di bawah Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, terdapat 4 klinik desa iaitu KD Sungai Padang, KD Kepala Batas, KD Padang Keria dan KD Serdang yang merangkumi 14,296 orang populasi. Terdapat 64 staf kesihatan perbagai jawatan berkhidmat di klinik yang dirasmikan oleh Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 15 Julai 1966 ini. Antara perkhidmatan yang disediakan merangkumi perkhidmatan pesakit luar, ibu dan anak serta pesakit kronik, perkhidmatan kecemasan, perkhidmatan berhenti merokok dan penjagaan luka, selain klinik pergigian. Untuk rekod, menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, secara keseluruhan 3 jenis kanser yang paling kerap berlaku di negara ini adalah kanser payudara (19 %), kanser kolorektal (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%). Kanser payudara merupakan kanser yang paling banyak berlaku di kalangan wanita iaitu 34.1%. Malangnya, 47.9 % daripada keseluruhan kanser payudara yang dikesan pada tahap yang lewat iaitu tahap 3 dan 4 di mana sel kanser telah merebak ke organ lain. Di akhir program yang sama Tuanku Raja Muda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor berkenan menyerahkan pelitup muka sumbangan CSR daripada Konsortium Bumita Nepta Sdn Bhd melalui MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis kepada wakil-wakil daripada SJKC Chin Han Sanglang (300) dan SK Sanglang (500).

Kongsi:

7825d940a749f0179cc7ea360c8ae6de M
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama-sama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menganjurkan Seminar Warisan Nabawi (SWAN) Peringkat Antarabangsa Kali Ketujuh Tahun 2020 pada hari khamis dan jumaat 29 hingga 30 Oktober 2020 bersamaan 12 & 13 Rabiul Awal 1442 Hijrah yang akan datang ini dengan kerjasama Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Majlis pelancaran secara telesidang bakal disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dan juga Tuanku Canselor KUIPs. Tema seminar yang diadakan secara digital pada kali ini ialah “Peaceful Co-Existence in Religious Diversity from Prophetic Paradigm: Challenges and Opportunities”. Antara para pembentang utama yang diundang ialah Datuk Arif Perkasa Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis dan Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Haji Othman, Rektor KUIPs. Terakhir sekali SWAN diadakan ialah pada Oktober 2018 di International University for Renewal (IUR), Istanbul, Turki yang turut dirasmikan oleh baginda.

Kongsi:

7bc8cb8699a452430e95a37b47c70175 M
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak rakyat negeri ini supaya sentiasa ‘Think Red, Protect Green’ dengan berwaspada dan berfikir seperti berada di kawasan ‘Merah’ namun setiap aktiviti pencegahan hendaklah dilaksanakan bagi melindungi negeri Perlis yang masih kekal ‘Hijau’ pada ketika ini. Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat singgah mengadakan tinjauan ke projek pembinaan Kompleks Mahkamah Baharu Kangar di Mukim Seriab yang dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan sempena program ‘MAIPs Peduli Kali ke 52 bagi tahun 2020’ yang bermula dan berakhir di perkarangan Taman Bunga Kertas Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Kangar pada petang semalam.

Kongsi:

46eff594cc95ecffb759c53475ade30a M
Setiap peringkat kepimpinan masyarakat setempat di negeri ini wajar secara berterusan mengambil cakna pemerkasaan kesihatan dan kebajikan ahli komuniti masing-masing dalam menghadapi pandemik Covid-19. Gerakkanlah aktiviti penyelarasan kawalan dan pencegahan dalam komuniti mengikut kemampuan, keperluan dan kesesuaian kawasan tanggungjawab masing-masing. Dari masa kesemasa juga berikanlah motivasi dan bimbingan kepada ahli-ahli supaya lokaliti masing-masing akan dapat terus kekal ‘Hijau’ yakni tiada kes. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah bagi menerima taklimat pembangunan projek Klinik Kesihatan Pauh, Arau yang sedang dalam pembinaan. Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir Syed Zubir Syed Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor sempena program ‘MAIPs Peduli’ bertemakan ‘Rakyat Perlis Hidup Sihat dan Bersih’. Tuanku Raja Muda turut mengingatkan semua, jika perlu dilaksanakan kembali ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ di negeri ini, ramai rakyat yang akan kembali terkesan teruk terutamanya golongan yang kurang mampu. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim menekankan bahawa, ‘Jika tindakan pencegahan tidak dilakukan secara lebih agresif dan saling ingat memperingatkan oleh sesama rakyat Perlis sendiri, risiko penularan wabak Covid-19 di negeri ini adalah sangat tinggi kerana rakyat Perlis adalah sangat rapat dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Malah perjalanan menaiki kereta dari Padang Besar di utara sekali untuk ke Kuala Sanglang di kawasan paling selatan hanya mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja’. Nasihat beliau, ‘Laporkanlah kepada pihak berkuasa sekiranya ada aktiviti berkumpulan yang meragukan. Had dan rekodkan pergerakan keluar masuk pelawat dan penduduk setempat. Jika ada kes disyakki COVID-19, segera laporkan kepada pihak berkuasa’.

Kongsi:

3859934a326e2c87d63665dfcdf6c509 M
Bersempena dengan ‘Bulan Kesedaran Kanser Payudara’ setiap tahun yang disambut pada bulan Oktober, rakyat diseru agar memahami kepentingan mengenali tanda dan gejala awal kanser payudara, melakukan ujian saringan serta mendapatkan rawatan yang terbukti berkesan. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan simbolik pelancaran ‘Bulan Kesedaran Barah Payu Dara Peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bagi Zon Padang Besar’ yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Klinik Kesihatan Padang Besar (Utara) Perlis semalam. Keberangkatan tiba baginda ke program yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Kali ke 51 bagi tahun 2020’ bertemakan ‘Rakyat Perlis Hidup Sihat dan Bersih’ tersebut disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kesihatan Keluarga, Dr Izwana Hamzah dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Padang Besar, Dr Mahamad Shafiq Mahamad Sukri. Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor. Dr Sirajuddin memaklumkan bahawa ‘Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016’ mendapati bahawa; Kanser payudara merupakan kanser nombor 1 tertinggi yang dialami oleh wanita Malaysia (34.1%). Laporan ini juga mendapati bahawa hampir separuh daripada pesakit kanser payudara (47.9%) dikesan lewat iaitu pada Tahap 3 dan 4. Data ini menunjukkan sesesuatu yang membimbangkan dan perlu disedari oleh masyarakat. Menurut beliau, di antara gejala kanser payudara adalah seperti terdapat ketulan atau bengkakkan pada payudara atau bahagian ketiak, kulit payudara berkedut seperti kulit limau, puting kemerahan, berkeruping, masuk ke dalam atau sakit serta terdapat lelehan daripada puting (kekuningan atau berdarah) selain susu. Oleh itu, sekiranya mempunyai gejala tersebut, seseorang wanita perlulah segera berjumpa doktor. Untuk rekod, bulan Oktober setiap tahun merupakan ‘Bulan Kesedaran Kanser Payudara’. Reben berwarna merah jambu dengan kempen “Pink October” merupakan simbolik dalam meningkatkan kesedaran rakyat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal. Selain singgah di tiga buah rumah asnaf terpilih bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs, Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan berbasikal sejauh 15km yang bermula dan berakhir di perkarangan Pejabat Jabatan Kastam Padang Besar bagi meninjau beberapa kawasan sekitar seperti Halal Park PKENPs, Yard Kontena Multimodal, Arked Niaga, Kampung Kolam, Kawasan Perindustrian Padang Besar dan juga pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis DiRaja Malaysia.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.