Pusat Berita

Pusat Berita

Tapisan Berita

Paling Terkini

83a2ea62e0f4cfa71f77de7659289685 M
Walaupun tidak perlu panik, namun, rakyat yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi ditimpa musibah banjir pada penghujung tahun melalui pengalaman-pengalaman pada tahun sebelum ini dinasihatkan supaya membuat persiapan awal bagi menghadapinya. Antara tips persediaan ‘Pra-Banjir’ yang wajar dilaksanakan mengikut keperluan keluarga masing-masing adalah peralatan perapung seperti jaket keselamatan, tong kosong ataupun pelampung dengan secukup dan selamatnya. Pindahkanlah barang-barang ke tempat yang lebih tinggi dan selamat, sediakan ‘beg kecemasan khas’, simpan bekalan air bersih secukupnya dan sentiasa peka terhadap perkembangan dan berita terkini yang diumumkan dari masa ke semasa. ‘Bersedialah untuk menutup suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan juga gas. Berpindahlah dengan segera sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa, serta pastikan pintu dan tingkap rumah berkunci sebelum berpindah ke tempat selamat yang disediakan’. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan tinjauan ke ‘Orang-Orang Village’ iaitu sebuah tempat penginapan baru dengan konsep menarik yang akan dibuka untuk disewa kepada orangramai tidak lama lagi di Kg. Long Boh, Simpang Empat. Keberangkatan tiba baginda bersama-sama anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh pemilik dan pengusahanya, Mohd Azman Ali serta isteri. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus Wilayah 1 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kangar, Zairizal Zainol. Tuanku Raja Muda menambah bahawa, sebagai inisiatif ‘Rakyat Perlis Hidup Bersedia dan Berwaspada’, maka disarankan agar membantu membersih atau menolak sebarang sampah yang tersumbat atau mampu menghalang perjalanan air di parit kawasan masing-masing. Jika ada dilihat sumbat atau rimbunan sampah di sungai atau terusan yang belum sempat diselenggara oleh pihak-pihak yang berwajib, maka silalah melaporkan kepada mereka dengan pantas untuk tindakan sewajarnya. Orang-Orang Village di ambil dari nama ‘Orang-Orang’ untuk menghalau makhluk perosak, sesuai kerana lokasi tempat penginapan tersebut yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Ia mula dibina sendiri oleh pemiliknya pada bulan Januari 2020. Buat masa ini sudah disiapkan 3 buah kabin dan kafe. Menurut Azman, perancangan selanjutnya ialah akan diwujudkan ruang galeri dan ‘outdoor art class’, sebuah kolam renang seluas 25×17 kaki dan kebun kecil bagi menanam pokok herba serta pohon tin.

Kongsi:

519cb84dfa56f4e64bd73c0393e49890 M
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat negeri ini agar merancang dan menghadkan perjalanan merentas negeri meskipun sudah tidak perlu mendapatkan kebenaran dari berkuasa. Titah baginda, pastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi khususnya apabila terpaksa membawa kanak-kanak dan warga emas merentasi negeri. “Pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan orang ramai mesti sentiasa berwaspada dengan terus mematuhi SOP ditetapkan,” titah baginda selepas berkenan singgah meninjau sekatan jalan raya (SJR) sempadan Perlis Kedah di Sanglang di sini hari ini. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Polis daerah, Superitendan Wari Kiew. Sementara itu, Wari berkata, jika terdapat keperluan merentas negeri adalah disarankan bergerak secara berseorangan tanpa membawa ahli keluarga yang boleh terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19. “Selain itu, elakkan merentas sempadan negeri bagi tujuan menghadiri majlis sosial kerana kehadiran orang ramai itu boleh menyebabkan kita terdedah dengan Covid-19,” katanya. Dalam pada itu, baginda turut menyerahkan sumbangan minuman kepada para anggota pasukan keselamatan sebagai simbolik penghargaan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada petugas barisan hadapan itu. -UTUSAN ONLINE

Kongsi:

82dbf6cae1772ebce3f61a4b34447ba4 M
Rancang dan hadkan perjalanan merentas negeri walaupun tidak perlu lagi kebenaran pihak berkuasa diumumkan kerajaan disesetengah tempat termasuklah yang telah ditamatkan lebih awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kongsi:

ed0b0c31c412f7d67bd39119503bb394 M
(UIAM) serta Bahagian Pengajian Qur’an dan Sunnah, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Menurut titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berkenan menyempurnakan majlis perasmiannya secara digital, persidangan tersebut berjaya mengupas tentang kewujudan masalah intelektual yang memerlukan perhatian ilmiah. Para ahli akademik terlibat berjaya membincangkan kaedah yang dipersetujui dalam usaha menghuraikan keraguan berkaitan ayat al-Quran dan Hadis yg dianggap sebagai tidak jelas. Ini adalah platform untuk berkongsi pengetahuan dan perbahasan intelektual melibatkan kemusykilan al-Quran dan al-Hadith. Melalui persidangan ini, harapan baginda ialah hasilnya bukan sekadar penyelesaian tetapi juga akan menyaksikan perubahan sikap dalam menangani perselisihan. Tema persidangan ini juga mendedahkan kepada semua tentang pandangan para sarjana yang berbeza dari pelbagai dimensi. Sesungguhnya pembentukan Kursi Jamalullail itu sendiri adalah bertujuan untuk mempromosikan penyelesaian masalah dan penyelesaian konflik sebagai ciri penyelidikan dan pengetahuan. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berharap kepada semua para pembentang kertas kerja, agar perbincangan dan perbahasan tersebut dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dengan membuka jalan kepada mereka untuk terus belajar menghargai kekayaan pengetahuan melalui perbezaan dan perbahasan mengenainya.

Kongsi:

4cafa21f58b00d9806ade60732bdd038 M
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan sentiasa memastikan penyelidikan berada atas landasan yang tepat walaupun menghadapi pelbagai cabaran, umumnya dalam hal-hal berkaitan kewangan.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.