Raja, Raja Perempuan Perlis Beri Penghormatan Terakhir Kepada Ayahanda Sultan Kelantan

KOTA BHARU 30 Sept. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke Makam Diraja Langgar, Kota Bharu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada ayahanda Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra yang selamat dimakamkan pada kira-kira pukul 7.20 petang sabtu baru-baru ini dalam upacara penuh istiadat.


Almarhum Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pada jam 8.11 pagi yang sama.
Almarhum Sultan Ismail Petra diputerakan pada Jumaat, 11 Nov, 1949. Baginda memerintah Kelantan dari 30 Mac 1980 sehingga Mei 2009.


Baginda kemudiannya digantikan putera sulungnya Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan, akibat gering.


Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content