Raja Muda Ziarah Pesuruhjaya Pas Perlis

Raja Muda Ziarah Pesuruhjaya Pas Perlis

KANGAR 1 Okt. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang masih ditempatkan di bawah pengawasan rapi Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar tengahari tadi.

Status beliau dilaporkan masih kritikal.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Perubatan HTF, Datuk Dr Abd Karim Abdullah.

Selepas menziarahi Mohd. Shukri di dalam bilik CCU, Tuanku Raja Muda meluangkan masa untuk bertanya khabar kepada isteri serta anak-anak beliau dan turut menyampaikan ucapan titah salam daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis yang pada ketika ini berada di ibu negara.

Turut berada di ruang legar luar menunggu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim, ahli keluarga dan juga rakan taulan beliau.

Difahamkan Mohd. Shukri akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dalam masa terdekat ini untuk diberikan tindakan selanjutnya oleh pakar-pakar berkenaan yang beroperasi di sana.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.