Raja Puan Muda Perlis Rasmi MALPGL

Raja Puan Muda Perlis Rasmi MALPGL

PAUH 7 Okt. – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian penutupan Malaysia Politechnic Gifted Leaders (MALPGL) 2019 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan dan Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dr. Mohd. Zahari Ismail.
Turut hadir ialah Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Presiden Majlis Pemulihan Malaysia, Datin Paduka Khatijah Suleiman.

Bersempena program tersebut Tuanku Lailatul Shahreen turut berkenan melawat pameran serta menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada para pemenang, antaranya kepada Kumpulan Helang, ‘The Deafian’ dan ‘Prediten’.

Turut menerima hadiah saguhati Kumpulan Angry’, ‘All In One’, ‘Lemon’, ‘Bearani’, ‘Aries’, ‘Tanah Tumpah’ dan juga ‘I Love Deaf’.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.