Gembira Terima Kerusi Roda Pemberian Raja Muda Perlis

Gembira Terima Kerusi Roda Pemberian Raja Muda Perlis

KANGAR – Pesakit kencing manis, Kamaruzzaman Abdul Karim, 54, gembira menerima kunjungan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mencemar duli melawat kediamannya di Batu 4, Titi Serong Jalan Kuala Perlis baru-baru ini.

Kamaruzzaman menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu mengakibatkan kaki kanannya dipotong.
Katanya, sumbangan sebuah kerusi roda daripada Tuanku Syed Faizuddin memberikan sinar baharu buat dirinya yang sudah lama tidak mampu bergerak keluar rumah.
“Saya sangat bersyukur atas pemberian ini dan berharap sumbangan ini akan memudahkan pergerakan seharian saya,” katanya.
Tuanku Syed Faizuddin diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.