Yang Di-pertuan Agong, Raja-raja Melayu Berangkat Ke Majlis Santapan

Yang Di pertuan Agong Raja raja Melayu Berangkat Ke Majlis Santapan

KUALA LUMPUR, 30 Okt 2019- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 di Istana Negara, malam ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 8.40 malam bersama Raja-raja Melayu diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta suami Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja-raja Melayu yang berangkat hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pahang diwakili Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Shah Sultan Ahmad Shah.

Majlis santapan itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Kira-kira 500 tetamu jemputan, yang terdiri daripada Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet serta pemimpin-pemimpin negeri dan jabatan kerajaan, menghadiri majlis berkenaan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.