Perkukuh Mutu Kepimpinan Pegawai Dan Anggota Askar Wataniah – Raja Muda Perlis

Padang Besar, 5 Nov. 2019 (Selasa)- Mutu kepimpinan para pegawai dan anggota Rejimen Askar Wataniah perlu diperkukuhkan secara terus-menerus.

Konsep asas seperti ‘know your man’ dan ‘buddy-buddy system’ harus diberi penekanan agar semangat ‘esprit de corp’ dalam rejimen dapat dipupuk.

Selain itu, kefahaman setiap peringkat terhadap ‘Chain of Command’ dan rangkaian pemerintahan dalam organisasi perlu sentiasa dipertingkatkan.

Kesemua elemen ini perlu dipupuk dari peringkat seksyen-seksyen hingga ke peringkat batalion.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri majlis taklimat awal berkenaan perancangan Eksesais PERBAH Tahun 2020 dan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri ke 32 Tahun 2020 yang bakal dituanrumahkan oleh negeri Perlis di Bilik Mesyuarat Kem Bukit Keteri, Padang Besar tengahari tadi.

Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat berkenaan iaitu Leftenan Kolonel Muhamad Zaidi Ishak mempersembahkan taklimat kepada baginda.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Zakaria.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Komander rejimen menyarankan agar setiap rejimen memastikan mereka perlu sentiasa bekerjasama dengan briged setempat dan komponen briged berkenaan untuk memaksimakan penggunaan fasilitas latihan sedia ada, serta menyertai latihan bersama angkatan tetap yang dilaksanakan di peringkat briged dan komponen-komponennya.

Untuk rekod, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut mengambil bahagian dan terlibat aktif di dalam pelbagai aktiviti khidmat sosial bersempena Eks PERBAH sejak dari awal pelaksanaannya lagi.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content