UniMAP Tawar Khidmat Sosial Sebagai Penyelesaian

UniMAP Tawar Khidmat Sosial Sebagai Penyelesaian

Pauh Putra, 21 November 2019 (Khamis) -Sejajar perkembangan pembangunan negara, program Khidmat Sosial Universiti (USR) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seeloknya turut dirancang bukan sahaja sekadar memberi fokus sebagai ’penyelamat’ semata-mata sebaliknya menjadi ’penyelesai’ masalah komuniti bagi jangka panjang.

Sebagai contoh, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik UniMAP baru-baru ini berjaya membangunkan satu sistem penggera di makmal perubatan Hospital Sultanah Bahiyah bagi membolehkan jurumakmal mengetahui adanya sampel baharu yang dihantar untuk proses ujikaji. Inilah sewajarnya yang patut diteruskan oleh graduan UniMAP yang sebahagian besarnya merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena ’Sidang Keenam Bagi Istiadat Konvokesyen Ke-14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Ilmu UniMAP di Kampus Alamnya di Pauh Putra.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.
Tuanku Raja Muda Perlis turut menambah bahawa sejak awal penubuhan UniMAP lagi, universiti ini adalah antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang aktif menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) bukan sahaja di Perlis malah di dalam dan di luar negara. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan yang menjadikan USR atau lebih dikenali dengan Khidmat Sosial Koprat (CSR) sebagai salah satu agenda pembangunan negara pada masa kini.
Tidak dinafikan, menerusi USR, universiti mahupun komuniti akan memperolehi banyak manfaat termasuklah meningkatkan imej dan reputasi universiti di kalangan komuniti dan meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.
Justeru, sebagai graduan kelahiran UniMAP, dinasihatkan mereka semua untuk meneruskan lagi penglibatan aktif dalam mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau menerusi cabang Alumni UniMAP sendiri untuk terus membudayakan aktiviti CSR selepas ini.
Seramai 428 orang graduan menerima ijazah Sarjana Muda program pengajian Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian (240), Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) (74), Teknologi Kejuruteraan Kimia (Proses Kimia Industri) (58) dan Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Bioteknologi Industri) (56) masing-masing daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP di istiadat berkenaan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.