Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 27 November 2019 – Saban tahun bilangan kemasukan pelajar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semakin meningkat dan pelbagai kejayaan membanggakan diraih semenjak penubuhannya. Ini secara tidak langsung membuktikan UniMAP semakin dikenali. Pada tahun lalu, kebolehpasaran graduan UniMAP mencatatkan 86% sekaligus menjadikan universiti ini antara 3 universiti terbaik di Malaysia yang graduannya begitu “laku” di pasaran. Justeru, permasalahan ini akan dapat diatasi sekiranya universiti dan pelajar membentuk satu sinergi kukuh dalam menawarkan sesuatu yang terbaik kepada negara.
Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Haizuddin Putr Jamalullalil selepas berkenan berangkat mengatuai lawatan ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang melawat Zayed Umiversity di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)’ pada pagi kelmarin.
Keberangkatan tiba baginda yang diiringi analanda-anakanda Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra disambut oleh Provos universiti, Profesor Michael Wilson dan Pembantu Provos Bagi Bidang Penyelidikan, Dr J. Michael Allen.
Turut hadir ialah Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid, Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti, Prof Mohd Fo’ad Sakdan.
Tambah baginda, kebelakangan ini, pelbagai isu berkaitan pengangguran dan kesukaran graduan mendapat pekerjaan diperkatakan di media massa mahupun sosial. Ia bukan sahaja berkisar mengenai kualiti graduan itu sendiri sebaliknya turut dikaitkan dengan perkembangan ekonomi semasa serta kesan daripada tercetusnya Revolusi Industri 4.0.
Adakah isu ini sebenarnya sebegitu serius atau ia hanya diperbesar-bersarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan? Justeru, baginda mengingatkan para alumni dan juga pelajar UniMAP untuk lebih membuka minda kepada pendapat dan perspektif yang berbeza kerana ia akan mendorong semua untuk terus maju. Apa yang nyata dari isu ini ialah bagaimana seseorang itu melihat suatu realiti yang sama tetapi membuat kesimpulan yang berbeza.
Badlishah pula memaklumkan bahawa UniMAP membuat lawatan ke Zayed University sebagai susulan kepada pertemuan dan perbincangan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dengan Presiden Zayed University, Noura Mohammed Al Kaabi ketika menghadiri sesi ke-40 Persidangan Am Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris sepuluh hari yang lalu.
Tambah beliau, ia adalah untuk mencari ruang dan peluang bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan serta program pertukaran pensyarah dan pelajar bagi mengukuhkan kerjasama institusi pengajian tinggi di kedua-dua negara terbabit.
Tusnku Syed Faizuddin Putra dan delegasi turut dibawa melawat kemudahan serba canggih ‘Student Accessibility Services’ khusus untuk pelajar kelainan upaya, Makmal Bllomberg dan juga perpustakaan.
Tarikh kemaskini: 5/2/2025