Raja Muda Perlis Tinjau PPS Banjir di Kangar, NADMA Sahkan Situasi Terkawal

Raja Muda, Raja Puan Muda diiringi Ketua Pengarah NADMA lawat PPS di Dewan 20202

7 November 2025.
Kangar.

Ketua Pengarah NADMA yang baru, Meor Ismail Meor Akim mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bencana Banjir Negeri Perlis di Dewan 2020 Kangar, semalam.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Mengenai situasi banjir di Perlis, Meor Ismail berkata keadaan pada masa ini terkawal walaupun negeri itu sedang mengalami episod hujan berterusan berdasarkan ramalan semasa.

“Perlis pernah mengalami banjir besar pada 2010, dan kali ini juga luar biasa. Tetapi, saya lihat semua agensi bersiap siaga, koordinasi pun lancar. Kita doa keadaan kembali pulih dan jumlah mangsa semakin berkurang,” katanya.

Sempena lawatan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan agihan sumbangan daripada Syarikat Glide Group of Companies dengan kerjasama Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis kepada para mangsa banjir, selain menyantuni dan meluangkan masa bersama mereka yang terkesan dalam bencana ini.

Terdahulu daripada itu Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan berangkat mengadakan lawatan dan menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun Tulang, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis dan Sekolah Kebangsaan Panggau.

Dalam masa yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra berbangga dengan kesepaduan dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam cuba melaksanakan setiap operasi menyelamat serta penyaluran bantuan kepada mangsa banjir dengan seberapa cekap dan efisien yang boleh. Walaupun masih boleh ditambah baik, namun, kecekapan ini turut membantu mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, khususnya melibatkan kehilangan nyawa setakat ini.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.