Raja Muda lancar ‘Road To Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2026’

Raja Muda lancar ‘Road To Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2026’2

7 MEI 2026

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan program ‘Road To Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2026’ yang berlangsung di pekarangan Kompleks Renang, Kompleks Sukan Negeri Perlis, Kangar.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negara, Abd Aziz Abd Rahman serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Mohammad Suhaimi Md Saad.

Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Perlis dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Mei 2026 di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.

MENGHIMPUNKAN GOLONGAN BELIA

Penganjuran program tersebut dijangka menghimpunkan golongan belia dari seluruh negeri menerusi pelbagai pengisian bermanfaat yang berteraskan pembangunan sahsiah, kesukarelawanan, sukan, kepimpinan dan kesejahteraan komuniti.

Terdahulu daripada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyerahan peralatan sukan kepada wakil belia komuniti Kampung Padang Nyaring oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan bagi memperkasa pembangunan belia menerusi penglibatan aktif dalam kegiatan sihat, berdaya saing dan berimpak tinggi.

MELUANGKAN MASA BERINTERAKSI

Tuanku Raja Muda kemudiannya turut meluangkan masa berinteraksi mesra bersama komuniti setempat bermain bola tampar.

Turut diadakan ialah gotong rayong ‘Menggerak Belia Desa Bersih’ dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis dan Rakan Muda.

Program tersebut disekalikan dengan Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kangar.

BUDAYA HIDUP SIHAT

Ia bukan sahaja mempromosikan budaya hidup sihat, malah menjadi platform mendekati masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.

Sempena program itu juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga penerima asnaf terpilih iaitu Bunga Suboh, 69, dari Jalan Abi Tok Hashim, Mohamad Khairul Kamal Ariffin, 34, dari Kampung Behor Empiang serta Nasuhan Sulhan Bawean, 66, dari Kampung Kechor.

Sumbangan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terus diberi perhatian secara menyeluruh dan berterusan. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.