Konsul Jeneral Malaysia di Medan Raikan Delegasi Perlis Sempena ICOHOPE 2025

28 September 2025, Medan (Sumatera Utara, Indonesia) – Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Shahril Nizam Abdul Malek, meraikan delegasi dari Perlis sempena Persidangan Antarabangsa Peluang Transformatif Untuk Pemerkasaan Golongan Miskin (ICOHOPE) 2025.

Delegasi tersebut diketuai oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, yang berkenan menghadiri majlis makan malam di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Kecamatan Medan Polonia, Kota Medan.

Majlis santapan tersebut turut dihadiri seramai 30 tetamu termasuk Pengerusi Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE), Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin, ahli jawatankuasa ICOHOPE 2025, serta petugas media yang membuat liputan.

Acara ini menjadi wadah memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia, khususnya menerusi penglibatan Perlis dalam usaha memperkasa agenda pembangunan sosial dan pendidikan serantau.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.