Pra-Tayang Dokumentari Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis Rai Perkenan Raja Muda

Pra Tayang Dokumentari Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis Rai Perkenan Raja Muda

Kangar, 12 Disember 2025 –

Satu sesi pra-tayang dokumentari khas sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berlangsung di Hall 1, Golden Screen Cinema (GSC), Kangar Jaya Mall, di sini.

Sesi berkenaan dianjurkan bagi mempersembahkan gambaran awal dokumentari tersebut sebelum tayangan rasmi kepada umum yang dijadualkan pada tahun hadapan, sekali gus menjadi sebahagian daripada usaha pendokumentasian bersejarah pemerintahan Raja Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke majlis tersebut, menzahirkan sokongan serta penghargaan tinggi Baginda berdua terhadap inisiatif penghasilan dokumentari berkenaan.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dr. Noriman Rojulai; serta Pengarah Kangar Jaya Sdn. Bhd., Kim Lin Teng.

Sempena sesi pra-tayang itu juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan meluangkan masa meninjau beberapa lokasi utama di sekitar Kangar Jaya Mall yang dijadualkan dibuka kepada orang ramai bermula 19 Disember 2025.

Lawatan ringkas berkenaan merangkumi tinjauan terhadap perkembangan pusat komersial baharu itu, termasuk kemudahan dan tarikan yang ditawarkan kepada para pengunjung, selaras dengan pembangunan ekonomi dan sosial setempat.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.