KANGAR, 1 September – Empat rumah rosak selepas bumbung diterbangkan angin dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis.
Kejadian kira-kira pukul 4 petang hari ini turut menyebabkan struktur rumah yang terlibat mengalami kerosakan.
Tiga rumah tersebut masing-masing terletak di Kampung Guar Syed Alwi, manakala sebuah lagi rumah terlibat di Kampung Bangsal Lebah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling memaklumkan pihaknya bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah turun ke lokasi di sekitar Kampung Guar Syed Alwi.
“Ia bertujuan mendapatkan maklumat terkini kerosakan yang dialami mangsa terlibat.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Bangsal Lebah, Norhayati Hashim memaklumkan pihaknya telah menziarahi mangsa terlibat.
Bantuan susulan bagi membaiki kediaman terjejas sedang diselaraskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas laporan polis dibuat mengenai kejadian.