68 guru di Perlis sertai program pembudayaan digital dalam PdP

SUNGAI PETANI, 17 Julai – Seramai 60 guru sekolah menengah dan lapan guru sekolah rendah di Perlis terpilih mengikuti Program Komuniti Pembelajaran Profesional Siri 2 selama tiga hari di sebuah resort di sini bermula semalam.

Inisiatif anjuran Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis itu bertujuan meningkatkan kecekapan guru dalam menghasilkan penulisan kajian tindakan di sekolah yang berkualiti.

Ia juga bagi menggalakkan amalan reflektif dan budaya penyelidikan dalam kalangan pendidik.

Pengarah Eksekutif FCoEE, Prof Datuk Dr Kamaruddin Hussin dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan program ini adalah antara perancangan baharu dengan penerapan serta pembudayaan digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Menurutnya, program berkenaan melibatkan guru-guru dalam enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Sains.

Beliau berkata, sepanjang program setiap guru menerima bimbingan intensif dalam proses penulisan serta peluang kolaboratif merentas sekolah dan mata pelajaran, selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan profesionalisme berterusan dalam kalangan warga pendidik di Perlis

Program Komuniti Pembelajaran Profesional Siri 2 adalah kesinambungan daripada kejayaan Siri 1 yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau, Perlis pada 30 Jun hingga 2 Julai lalu.

Program kali ini membabitkan seramai 10 fasilitator dan empat penceramah berpengalaman dalam pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content