KANGAR, 30 Jan — Affin Islamic Bank Berhad menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM150,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi Penyerahan Zakat Negeri Perlis dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Besar, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, di sini hari ini.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Affin Islamic Bank Berhad, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin, dan diterima oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Ariffin.
Selain sumbangan zakat, Affin Islamic Bank Berhad turut menyumbangkan set lengkap pakaian sekolah berserta beg sekolah kepada 430 orang pelajar daripada 11 buah sekolah di sekitar negeri Perlis. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban keluarga dan menyokong keperluan pendidikan pelajar daripada golongan memerlukan.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia