Anak Perlis disaran manfaatkan peluang tersedia mengilap potensi diri – Raja Muda

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs
25 OGOS 2025
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar anak-anak Perlis memanfaatkan setiap peluang yang tersedia bagi mencabar diri masing-masing untuk menggilap potensi diri, khususnya melalui pendidikan dan latihan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai pihak.
Tuanku Raja Muda menegaskan bahawa usia muda adalah masa paling berharga untuk dipenuhi dengan ilmu, pengalaman, dan pembangunan sahsiah, kerana kelak mereka akan memikul tanggungjawab berkeluarga serta meneruskan legasi negeri tercinta.
Gunakanlah segala peluang yang ada untuk menyiapkan diri menghadapi masa depan.
“Beta ingin melihat umat Perlis menjadi masyarakat yang berdaya saing, bermotivasi tinggi dan dihormati di mana sahaja mereka berada,” titah Baginda.
PELAJAR TAJAAN MAIPs
Seiring dengan titah tersebut, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui anak syarikatnya, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd (ATAM) melaksanakan Majlis Pelepasan Pelajar Tajaan MAIPs ke Walta Centre of Excellence (WCoE) di Dewan Kuliyyah MAIPs, Kangar.
Majlis tersebut dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor yang menegaskan bahawa usaha itu adalah bukti nyata komitmen MAIPs dalam menyahut titah Tuanku Raja Muda Perlis untuk melahirkan generasi berilmu dan kompetitif.
PELABURAN PALING BERHARGA
“MAIPs sentiasa berpegang bahawa pelaburan paling berharga ialah dalam bentuk pendidikan, kemahiran dan pembangunan modal insan. Inilah cara terbaik untuk membina masa depan yang lebih cerah buat anak-anak Perlis, khususnya dalam kalangan asnaf,” ujar beliau.
Turut hadir ialah Pengurus Besar ATAM, Muhammad Farid Abdul Rahim.
Majlis pelepasan ini selari dengan hasrat Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs untuk melihat umat negeri ini tampil sebagai masyarakat yang bermotivasi, serta dihormati di pentas kebangsaan dan antarabangsa.
Dengan sokongan padu daripada MAIPs serta rakan-rakan strategiknya, para pelajar diharapkan bukan sahaja berjaya dalam bidang masing-masing, tetapi juga menjadi ejen pembaharuan yang membawa manfaat kepada keluarga, masyarakat, dan negeri Perlis keseluruhannya. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content