Atlet Diingatkan Sentiasa Bertanding Dengan Adil, Kekalkan Semangat Kesukanan – Raja Muda Perlis

Atlet diingatkan

20 DIS. 2025
Dalam usaha mengejar kejayaan, para atlet diingatkan agar sentiasa bertanding dengan adil serta mengekalkan semangat kesukanan, kerana nilai, pengalaman, dan pembentukan peribadi jauh lebih bermakna daripada sekadar pungutan pingat.

Kejayaan seseorang atlet tidak mungkin tercapai tanpa bimbingan guru, tunjuk ajar jurulatih, serta sokongan padu daripada ibu bapa.

Guru dan jurulatih telah mencurahkan masa, tenaga, dan dedikasi demi membimbing para atlet mencapai potensi terbaik masing-masing.

Pada masa yang sama, ibu bapa atau waris serta penjaga kepada atlet wajar terus diberi penghargaan kerana merekalah pendorong utama yang sentiasa menyokong seseorang atlet untuk terlibat aktif dalam sukan.

INSAN-INSAN HEBAT

Justeru, pengiktirafan kepada semua pihak ini amat penting, kerana di sebalik setiap atlet yang berjaya, berdiri insan-insan hebat yang menjadi tulang belakang kejayaannya.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang telah berkenan berangkat ke Chonburi, sempena Sukan SEA Ke-33 Thailand 2025, pada Jumaat.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan juga anakanda kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut mengiring ialah Pengerusi Jawatankuasa Panel Timbangtara Sukan SEA Thailand, Datuk M. Rajasekaran.

Antara venue yang dikunjungi Baginda berdua semalam ialah acara floorball di Thailand National Sports University Chornburi, hoki juga di lokasi yang sama serta bola tampar pantai di Sports Arena Jomtien Beach. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.