Barkath Genap 85 Tahun: Ikon Industri Makanan Negara Terus Gagah Melangkah

Barkath Genap 85 Tahun1 Ikon Industri Makanan Negara Terus Gagah Melangkah

10 Disember 2025
Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Kumpulan Barkath Sdn. Bhd., jenama lagenda yang telah mewarnai industri makanan negara sejak 1940, melakar satu lagi detik bersejarah apabila meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-85 di premis HACKS Malaysia Sdn. Bhd., Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Majlis penuh signifikan itu disempurnakan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, yang berkenan merasmikan sambutan tersebut.

Ketibaan Baginda berdua disambut mesra oleh Pengerusi Kumpulan Barkath, Datuk Seri Barkath Ali Abu Backer bersama barisan kepimpinan tertinggi syarikat yang jelas terpancar rasa bangga atas pencapaian lebih lapan dekad empayar perniagaan keluarga itu.

Sebagai sebahagian atur cara, Baginda berdua turut berkenan meninjau beberapa fasiliti penting termasuk Bahagian Operasi Kilang, Gudang Penyimpanan dan Galeri Anugerah Kumpulan Barkath — ruang yang memaparkan sejarah, pencapaian dan transformasi syarikat sejak era pra-kemerdekaan hingga menjadi antara nama paling dipercayai dalam industri makanan dan minuman Malaysia. Tinjauan turut diteruskan ke kawasan operasi gudang bagi melihat sendiri proses logistik semasa.

Majlis turut menyaksikan Tuanku Raja Muda menyempurnakan gimik simbolik Ulang Tahun Ke-85 Kumpulan Barkath, melambangkan aspirasi syarikat untuk terus berkembang melalui inovasi berterusan dan mengekalkan keunggulan sebagai peneraju makanan berkualiti.

Sambutan ini bukan sekadar mengimbau perjalanan panjang syarikat, tetapi turut meniup semangat baharu kepada generasi pewaris agar mempertahankan legasi kecemerlangan yang sudah menjadi kebanggaan Pulau Pinang dan negara.

Sebagai rekod, Kumpulan Barkath adalah pengeluar gula-gula HACKS — antara produk ikonik yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Syarikat itu juga menghasilkan minuman Sunquick menerusi kerjasama strategik bersama Denmark, selain mengeluarkan pelbagai produk makanan lain melalui anak syarikat tempatan, Barkath Foods Sdn. Bhd. dan Class Foods Sdn. Bhd.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.