Bimbingan berterusan keluarga dapat bina kekuatan dalaman anak-anak – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
6 OKT. 2025

Dengan bimbingan berterusan dan sokongan moral yang kukuh daripada keluarga, anak-anak dapat membina kekuatan dalaman yang menjadi asas kepada ketahanan diri dan kematangan emosi.

Justeru, pembangunan modal insan perlu dilihat sebagai satu usaha bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak termasuk keluarga, institusi pendidikan, masyarakat, serta agensi kerajaan dan swasta.

Melalui kerjasama yang harmoni dan tindakan yang terancang, setiap langkah pembangunan sosial akan memberi kesan menyeluruh serta berterusan kepada kesejahteraan masyarakat.

NILAI SAHSIAH INDIVIDU

Usaha ini bukan sahaja memperkukuh nilai sahsiah individu, malah mampu melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akhlak, ilmu pengetahuan dan kepimpinan seterusnya membentuk masa depan negeri dan juga negara yang lebih gemilang dan sejahtera.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

AGIHAN ZAKAT MAIPs

Sempena program tersebut, Tuanku Raja Muda turut berkenan menyempurnakan Agihan zakat MAIPs kepada seramai 60 orang asnaf terpilih yang terdiri daripada Anak Kariah Al-Hussain, Seberang Tok Pi dan Seberang Ramai.

Setiap penerima menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM700, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan pada majlis berkenaan mencecah RM42,000.

Program ini mencerminkan komitmen tinggi MAIPs di bawah kepimpinan Tuanku Raja Muda Perlis dalam usaha menyantuni rakyat, memperkukuh nilai-nilai murni, serta memelihara kesejahteraan ummah. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.