CIMA Salur Zakat Perniagaan RM500,000 Kepada MAIPs

Kangar, 13 September – Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), anak syarikat Kumpulan UEM, menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM500,000 bagi tahun 2024 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengarah Urusan CIMA, Hairol Azizi Tajuddin, mempersembahkan simbolik cek cura tersebut kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua MAIPs, dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Al-Istiqamah, Teluk Jambu, Bintong, baru-baru ini.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, bersama puteri sulung baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Tazkirah dan Sumbangan Asnaf

Majlis turut diserikan dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Sempena majlis itu juga, baginda berdua berkenan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM105,000 kepada 150 penerima asnaf terpilih, masing-masing 75 orang daripada anak kariah Teluk Jambu dan 75 orang daripada anak kariah Batu Pahat.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content