11 November 2025.
Kuala Perlis.
Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Shikata Noriyuki berharap agar akan ada rakan-rakan dari Jepun di begara ini baik syarikat, NGO maupun individu yang turut berminat untuk menyokong inisiatif komuniti di Perlis, sama ada melalui bentuk kerjasama mahupun pelaburan modal teroka, bagi membantu memperkukuhkan lagi pelbagai projek pembangunan komuniti di negeri ini.
Beliau menzahirkan rasa kagum dan terinspirasi dengan kisah kejayaan komuniti di Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, yang gigih cuba memulihkan dan membangunkan semula kawasan mereka melalui semangat gotong-royong dan perpaduan yang tinggi.
recommended by
Savina
Satu sudu sebelum tidur menghilangkan 16 kg dalam 2 minggu!
Ketahui Lanjut
TYT Shikata turut berkongsi keterujaannya terhadap pengalaman berbasikal di Perlis mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menelusuri beberapa buah kampung sambil menyantuni golongan asnaf terpilih, yang disifatkannya sebagai satu pengalaman luar biasa dan penuh makna.
“Saya amat berbesar hati dan berasa sungguh gembira kerana pengalaman kali ini benar-benar luar biasa. Ini juga merupakan kali pertama saya berpeluang menyertai aktiviti berbasikal sejak berpindah ke negara ini kira-kira setahun yang lalu,” katanya.
Related Articles
Raja Muda Perlis Santuni Usahawan Asnaf Berjaya di Arau
12 November 2025
Raja Muda Perlis Bangga Sekolah Negeri Cipta Kejayaan di Peringkat Global
12 November 2025
Beliau yang diiringi sama oleh Setiausaha Kedua Kedutaan, Masubuchi Kana turut menzahirkan penghargaan atas layanan mesra dan sambutan hangat yang diterimanya sepanjang berada di Perlis, serta berjanji akan kembali semula ke negeri itu pada masa akan datang.
Kursus seni dalam talian
Ucapan berkenaan dikongsikan di akhir Program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang berlangsung di sekitar Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis.
Lawatan Duta Jepun ke Perlis ini bukan sahaja memperlihatkan hubungan dua hala yang terus erat antara Malaysia dan Jepun, malah turut memperkukuh kerjasama di peringkat komuniti dan membuka potensi baharu ke arah pembangunan lestari yang memberi manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.
Sempena program kayuhan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga penerima terpilih iaitu Jamilah Hashim (74 tahun) dan Saodah Yunus (75 tahun) dari Kampung Tandiap, serta Omar Johan (71 tahun) dari Kampung Seberang Alor.
Setiap penerima menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kit MAIPs Peduli, serta beras fidyah.
Beliau juga menikmati keunikan citarasa tempatan seperti Laksa Kuala Perlis, ais krim Malaysia, serta pelbagai kuih-muih tradisional dan buah-buahan tempatan.
Sebelum itu, ketika di negeri ini TYT Shikata Noriyuki turut mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara Jepun dan Malaysia, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan serta kerjasama industri.
Lawatan TYT Shikata ke UniMAP bukan sahaja memperkukuh jalinan kerjasama sedia ada, malah membuka ruang baharu bagi kolaborasi strategik dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan teknologi antara Malaysia dan Jepun sejajar dengan aspirasi UniMAP untuk terus muncul sebagai universiti teknikal bertaraf global yang memupuk inovasi, keterlibatan industri serta jaringan antarabangsa yang kukuh.
Pada ketika ini terdapat seramai 56 pekhidmat UniMAP yang bertugas merupakan alumni graduan daripada universiti-universiti negara Matahari Terbit tersebut.
Sepanjang lawatan tersebut, selain menyampaikan ceramah ‘Ambassador Talk’ bertajuk “Bilateral Relationship between Japan and Malaysia”, TYT Shikata Noriyuki juga mengadakan perbincangan dengan kepimpinan tertinggi institusi pengajian tinggi yang beroperasi di negeri Perlis termasuklah UniMAP sendiri, UiTM Cawangan Perlis, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis untuk meneroka potensi-potensi kerjasama baharu.
Beliau turut menghadiri mesyuarat dan sesi taklimat yang dikendalikan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis serta Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) bagi membincangkan peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi di negeri ini dan seterusnya singgah melawat kilang Shorubber (Malaysia) Sdn Bhd milik Showa Glove Co Ltd Jepun di Jejawi.