Elak Penularan Melalui Kemasukan Individu Dari Zon Merah

KANGAR, 25 Januari – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu sebarang kemasukan individu atau pengambilan pekerja dari luar Perlis terutamanya dari kawasan atau zon merah dimaklumkan segera kepada pihak berkuasa.

Titah baginda, setiap majikan bertanggungjawab memantau pergerakan pekerja masing-masing selain memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat kerja dilaksanakan sepenuhnya.

Baginda yang juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berucap sempena Sambutan Hari Ulang Tahun 2 Divisyen Tentera Darat Malaysia (TDM) ke-52 yang disambut pada setiap 23 Januari.

Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis berada di bawah Markas Briged Ke-6 Infantri yang berpengkalan di Pulau Pinang.

Menyentuh mengenai Op Penawar di Perlis, Tuanku Syed Faizuddin bertitah dua Pegawai dan 15 anggota lain-lain pangkat telah diaturgerak bagi terlibat sama membantu pihak berkuasa awam pada sekatan jalan raya.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content