Golongan muda kena berani cuba pendekatan baharu dalam pembelajaran – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
16 JULAI 2025

Golongan muda diseru untuk membuka minda dan hati, serta berani mencuba pendekatan baharu dalam pembelajaran.

Kreativiti dan inovasi bukanlah hanya untuk mereka yang berada di makmal atau mencipta teknologi semata-mata, tetapi turut boleh diterapkan dalam cara seseorang itu belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah harian.

Pada masa yang sama, gunakanlah teknologi dengan bijak dan manfaatkan kemudahan Internet serta sumber digital bukan sekadar untuk hiburan, tetapi sebagai jambatan untuk memperluas pengetahuan.

BEKERJASAMA BERTANYA MENCUBA

Belajar untuk bekerjasama, bertanya, mencuba dan tidak takut untuk gagal, kerana daripada kegagalan itulah munculnya kejayaan’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program MAIPs Peduli di sekitar Kampung Guar Nangka, sambil menyantuni tiga keluarga asnaf terpilih baru-baru ini.

Tuanku Raja Muda, yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berupa wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah kepada tiga penerima terpilih iaitu Ashari Mat, 72, dari Kampung Guar Nangka; Surinam Mat, 60, dari kampung yang sama; dan Azrin Ab Aziz, 44, dari Kampung Kok Klang. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content